31 December 2010
MySpace Widgets
15 December 2010
Sejuk seram ...dibuatnyerrr
MySpace Widgets
11 December 2010
Renungan......pengubat jiwa
(Pengalaman Salih Al Mazi)
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh.Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan.Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain.Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.
"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.
"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi ?" tanya pemuda itu.
"Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.Kemudian Al Maizy terjaga.
Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Mmang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut.
Takala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah.Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu."
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu."
"Apa tandanya ?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat,selamat pada hari yang baik ini, itulah hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
MySpace Widgets
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
Isteriku...Liza
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian.
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG.......
MySpace Widgets
Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak
10 December 2010
syoknyeer cuti....pasal ye..
Salam semua.Dah lama tak bersua kat maya ye...Nak kata sibuk tak jugak.Dlm masa cuti ni ada jugak buat keje2 KRT.Taip surat dan sebagainyalah.
Cuti sekolah sememangnyer agak membosankan sekiranye kite tak dak keje yg nak dibuat dan fulus yang ADE tak cukup utk berbelanja.Jadi jimat2 lah cikit kala berbelanja.Pada cuti sekolah kali ini ..aku dan family ke Nilai,negeri 9.Bukan tujuan pegi shoping atau melancong tetapi utk hantar barang2 bekas pengasuh yang akan memulakan kehidupan kat Nilai pulak.Yelah..dah 3 tahun dia dok ngan kite orang so kite carikanlah keje kat sana.Mudah2an akan dpt kejelah kot.Pergi hari Selasa (7/12/2010) dan kembali semula ke ktn pada hari Jumaat (10/12/2010).Semasa kat sana berpeluang gi ke litar sepang.Dah lama nak ke sana tapi tak berkesempatan.Walaupun tak ade yg berlumpa tapi dpt meneroka kat litar tersebut dah menggembirakan aku dan keluarga.Kat citu dpT masuk ke galeri kenderaan dan pg ke trek lumba.Amat bertuah krn pada hari itu ADE orang buat latihan kete A1.Merasa juga tengok dari dekat.Aku dan keluarga merasa lah jugak dok kat tempat tiket berharga RM1900.Bingit giler bunyi kete tu.Terhiburlah jugak tengok anak suka hati.Lepas tu gi nilaI 3.time ni siemaknyalah yg paling suka.Aku pun beli juga..Beli ape ye.Aku beli 3 pasang kain je....untuk siapa ye...Beli kain ni untuk yg ngajor anak ku si Azmeer.Walaupun dapat 4A...pengorbanan cikgu 2 yg ngajor tu perlu juga kita balas.Jadi ....Cikgu Raja Rosidah,kak Ani dan Pn Goh...tunggukan hadiah daripada ayah Azmeer.TERIMA KASIH KERANA NGAJOR ANAK HAMBE.....BUDI BAIK PASTI DIBALAS BAIK.Mesti suka dgn hadiah tersebut.Oklah tu je utk kali ini.
MySpace Widgets
06 December 2010
Zorro, Robin Hood Dan Orang Asli
Tak tahulah lawak ke tak....apa2pun bacalah cite...Hilang cikit rasa stres cuti2 sekolah ni....
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"
dipetik daripada :http://kahkahkah.mnazman.com
Kongsi cerita tentang seluar dalam
Hari ni nak cite cikit tentang episod seluar dalam.Kat kampung aku seluar dalam disebut juga spender...nak dijadikan cite..pada waktu nak melapah lembu korban tempoh hari......sepupuku yang terkenal dengan watak penglipur lara pun memulakan cerita.Ketika itu sedang memulakan aktiviti melapah.Dengan suara yang tak berape merdu..dia memberitahu kepada sekalian yang ada..bahawa tidak boleh gali kubur kalau pakai seluar dalam.Aku pun berhenti melapah.Setahu akulah...kalau gali kubur tak kisah kalau pakai seluar dalam.Sepanjang yang pernah aku belajar lah...tak ade nas yang melarang kita pakai seluar dalam ketika melakukan aktiviti tersebut.Setelah dia melihat aku puas mencarikan jawapan dan semua orang melihat kepadanya..dia pun memberitahu ..kalau pakai seluar dalam ketika gali kubur maka...kubur tu lambatlah dalamnya.Orang gali kubur pakai cangkul..tak pakai seluar dalam...Aku ketawa sendirian.Itu je citenye..harap dapat ikhtibar daripada cite ini.
30 November 2010
27 November 2010
Anakku dah bersunat
Alhamdulillah...Anakku yang ke-2 dah bersunat pada hari semalam 26 November 2010 kat Klinik Al-Farabi,Jaya Gading.Aku join sekali sewaktu doktor melakukan perkara tersebut.Mula2 tu anakku nak nangis tapi aku ada....aku nasihatkan dia agar tabahkan hati.Selepas dicucuk dgn ubat bius...kesakitan dah tak dirasa.Aku menyaksikan doktor melakukan operasi tersebut.Dari awal hinggalah proses membalut.Kalau dulu bersunat dgn gunting atau pisau ...tapi kini dah canggih.Doktor gunakan laser.Cara ni tak banyak darah yang keluar.Fuyooo canggih tu.Aku tabiklah kepada doktor tersebut yang melakukan proses tersebut dgn teliti dan kemas sekali.Proses bersunat dgn cara ini tak meyakitkan budak2.walaupun agak mahal juga...... tetapi aku berpuas hati.Selamat menempuh alam remaja wahai anakku.
24 November 2010
Pi Mega hari ni...
Hari ni ..aku sekeluarga pergi Megamall.Budak2 kelas 6IK ajak untuk hilangkan kebosanan dok kat umah aje cuti2 ni serta untuk bersua muka...maklumlah sejak cuti sekolah tempoh hari...tak berjumpa.Kalau jumpa pun kat alam maya je.Aku ke sana ..sampai kat sana pukul 12.10 tengah hari.Jumpalah anak2 didik 6Ik kat situ.Antaranya ialah...ika lolipop,minmin,iqah pika,ain,dhania azreen,ena,amir,aliff,muzammil,salam,nazim, khairul,iqbal,dan juga Cikgu Noraini bersama anakandanya.Destinasi pertama ialah kat McD.Kat situ makan2 je.Ingat nak belanje diorang semua...tapi masing2 dah nak bayar sendiri......ikut ajelah...Lain kali lah cikgu belanja.Seterusnya terus ke pusat permainan keluarga.Mainlah kat sana..ape lagi.Pertama kali masuk kat orang karoake.....fuyoo....ika lolipop nyanyi...kalahlah semua orang.Tak dapat bertahan lama kat dalam tu...suara diorang ..agak oklah jugak.Lepas tu pergi main boling.Main 2 game..Oklah jugak...sekali sekala main...lama2 oklah tu.Selepas tu tunaikan kewajipan kepada Tuhan.Sembahyang Zohor kat surau Megamall.Dah lepas sembahyang ..rasa lega.Alhamdulillah....anak2 ku azmeer,azreen,azmeen dan azeem serta isteri bersembahyang kat situ.Lepas tu aku sekeluarga balik ke rumah....penatlah jugak tapi happy.Terima kasih anak2 didikku.
20 November 2010
Motivasi Diri
“skemanya ngko”
Jika ada orang kata yang Anda skema, atau ada orang kata yang Anda ni terlalu lurus, terima saja itu sebagai teguran membina, bukan kritikan membunuh.
Jangan cuba ubah diri Anda supaya nampak tak skema semata-mata untuk mahu menarik perhatian orang yang menegur Anda tu sebab Anda tak akan merasa selesa dengan perubahan yang Anda buat. Anda akan berperang dengan perasaan sendiri sama ada mahu megikut kemahuan orang lain atau berubah mengikut selera sendiri.
Jadilah diri sendiri dan jangan cuba jadi orang lain yang Anda nampak ‘perfect’ sebab semakin Anda cuba untuk jadi perfect, semakin banyak kekurangan diri Anda akan terserlah.
Penampilan atau ‘impression’ diri Anda akan kelihatan lucu (sebab serba tak kena) kerana perubahan yang Anda cuba buat pada diri Anda nampak tak ngam. orang lain akan mentertawakan Anda. Anda akan merasa tertekan, marah dengan diri sendiri, emosi Anda jadi ‘down’.
Motivasi Anda hilang serta merta. Walaupun orang kata Anda skema, biarlah Anda skema janji Anda selesa dengan sikap skema tu. Nak berubah menjadi orang yang bukan skema boleh, tapi biarlah berubah secara bertahap, satu demi satu supaya nampak ngam dan anda selesa dengan perubahan yang Anda buat. Hasilnya pun mantap.
4 petanda bagaimana nak kenal pasti pemikiran negatif dalam diri seseorang
Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih lum mencapai apa-apa kejayaan hebat.
2. Lihat pada perbuataannya.
Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka mengomen, mengomplen dan mengkritik.
3.Lihat pada hidupnya.
4. Bila di tegur, dia melenting pula.
Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran.
Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.
( dipetik dari : http://imotivasi.com/ )
19 November 2010
Sayonara...murid2 tahun 6
11 November 2010
UPSR dah keluar........apa cite..
Tahniah sekali lagi daripada Cikgu.Yang lain teruskan usaha supaya masa depan kalian sentiasa cerah.
09 November 2010
Berdebar-debar,......sebab ape ye......
Menjelang 11 November 2010.....Hati ini berdegup agak kencang.Itulah hari yang ditunggu-tunggu sekian lama.Apa tak nye pada hari tulah...keputusan UPSR 2010 akan diumumkan.Ade 2 personaliti yang mendebarkan diri ini.Pertamanya apalah....yang anak sulungku (Azmeer) akan dapat nanti ye...Keduanye..bagaimana dengan keputusan kelas 6IK nanti...oh makin difikirkan..bertambah kencang gelora di hati ini.Harapan yang menggunung tingginya disandarkan kepada mereka.Apa2 pun aku redha..dengan keputusan yang bakal diperoleh oleh anakku dan anak2 didik 6Ik.Mereka telah berusaha dengan seberape daya upaya mereka.Jadi keputusan pada hari Khamis ini memperlihatkan kesungguhan mereka.Seandainya yang diharapkan kepuasan tetapi kesedihan yang diterima...jangan bersedih..jangan berputus asa...jangan putus harap...jangan terlalu merintih...Ketepikan yang boleh membuatkan kita dilanda kesedihan.Cikgu doakan sesuatu yang baik akan menjelma di hadapan kamu nanti.Amin.
08 November 2010
SESUNGGUHNYA ALLAH MEMANG SENGAJA
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA.
Memang ALAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah
supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredaan ALLAH SWT dengan
melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
07 November 2010
Erti Sahabat
Kata-kata Hikmat yang perlu dihayati
Perlunya kita kemaskan semangat perpaduan dan saling membantu, kerana di situ letaknya titik kekuatan. Sebatang lidi mudah dipatahkan, tapi tidak segenggam lidi.
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Dalam setiap laku dan pekerjaan, perlunya ada kesabaran. Tanpanya, mudah sahaja kita putus semangat di tengah jalan. Ketekunan pula membawa diri lebih hampir dengan kejayaan yang ingin dicapai.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Setiap yang dilahirkan di dunia ini mempunyai peluang masing-masing untuk memilih ruang hidup mereka. Setiap daripada kita tidak pernah tahu apakah yang akan kita lalui sepanjang hidup, sama ada beroleh kesenangan atau kepayahan.Rebutlah peluang yang ada.
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
Ada ilmu, curah-curahkanlah. Tidak akan rugi sedikit pun kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Hayat manusia pendek sahaja. Nikmatilah hidup dengan panduan yang telah diberikan. Kita ada dua khazanah yang tidak ternilai iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita hidup mesti ENJOY, bukannya enjoy!
06 November 2010
Iman..Kamu cuti hari ini ?
Susahnya nak bermanis muka
Nilai sebuah pekerjaan
Terima Kasih..Terima kasih....Terima Kasih
Hari ini reka bentuk blog yang dihasilkan bertambah ok.Ada lah sikit perubahan berbanding dengan hari semalam.Ada yang try and error untuk membuatnya.Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada 2 orang anak didikku(gambar) yang banyak membantu bagi menceriakan lagi blog ini.walaupun pembelajaran melalui maya,namun segala pengajaran yang disampaikan dapat diikuti. Mempunyai blog sendiri membuatkan kita lebih bebas untuk menyampaikan apa sahaja yang terbuku di hati.Ini disebabkan kita boleh meluahkan apa sahaja yang kita fikirkan ,pendamkan dalam bentuk tulisan.Buat masa ini..ini je yang dapat dihasilkan.Untuk hari-hari mendatang akan diusahakan bagi menceriakan blog ini dan semestinya dapat memberikan maklumat kepada yang sudi menjengoknya.Akhir kata TERIMA KASIH IQAH ....TERIMA KASIH MARDHA.
05 November 2010
Kata bilangan
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang sesuatu. Dalam bahasa Melayu baku, kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu:
a) Kata bilangan tentu
b) Kata bilangantak tentu
c) Kata bilangan himpunan
d) Kata bilangan pecahan
e) Kata bilangan pisahan
f) Kata bilangan tingkat
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata bilangan tentu
Kata bilangan yang telah ditentukan jumlah atau bilangannya. Contoh: satu, tiga, enam, sepuluh, tiga ratus, lapan ribu, enam juta.
1 Kerani itu sedang mengepit satu keping fail.
2 Dua buah kelapa muda itu telah ditebuk tupai.
Kata bilangan yang tidak diketahui jumlah/bilangannya. Contoh: para, semua, sesetengah, banyak, pelbagai
1 Semua penghuni kampung itu akan dipindahkan ke tempat lain.
2 Banyak rumah dan harta benda musnah dalam kejadian banjir lumpur itu.
Kata bilangan himpunan asalnya ialah kata bilangan tentu tetapi telah digandakan dan ditambah dengan
imbuhan ke- dan ber-. Contoh: berpuluh-puluh, berjam-jam, ketiga-tiga, kelapan-lapan
1 Kedua-dua buah jambatan itu rosak teruk.
2 Sudah bertahun-tahun kejadian itu berlaku.
Kata bilangan yang berbentuk pecahan. Contoh: setengah, satu perempat, dua per lima, tiga per lapan
1 Setengah bahagian kek itu telah dihurungi semut.
2 Dia mengambil masa hampir tiga per empat jam untuk menyiapkan surat permohonan itu.
Kata bilangan pisahan
Kata bilangan yang digunakan untuk membilang sesuatu secara berasingan. Contoh: tiap-tiap/setiap dan masing-asing
1 Tiap-tiap petang, Pak Ali membawa cucunya itu bersiar-siar di taman bunga.
2 Mereka gagal menyiapkan kerja masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan.
Kata bilangan yang asalnya kata bilangan tentu tetapi telah ditambah dengan imbuhan ke. Contoh: ketiga, ketujuh, kedua belas, ketiga ratus, kedua juta .
1 Setelah masuk hari yang ketujuh barulah dia berasa badannya agak ringan sedikit.
2 Zainah memilih nombor giliran kedua untuk temuduga jawatan kerani itu.
Dalam penulisan elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:-
1. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu.
Contoh:
a) Lima guli itu telah retak. (X)
b) Lima biji guli itu telah retak. (√)
2. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu yang telah sedia membawa
Contoh:
a) Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (X)
b) Sepuluh buah kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (√)
3. Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Banyak orang pelajar lulus dalam ujian sains itu. (X)
b) Banyak pelajar lulus dalam ujian sains itu. (√)
4. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Para guru-guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (X)
b) Para guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (√)
5. Kesalahan menulis singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
Contoh:
a) Kelapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (X)
b) Kelapan-lapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (√)
6. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan
Contoh:
a) Kedua-dua bakul itu penuh berisi sayur. (X)
b) Kedua-dua buah bakul itu penuh berisi sayur. (√)
7. Kesalahan menggunakan kata bilangan tak tentu para menjadi para-para.
Contoh:
a) Para-para menteri itu sedang bermesyuarat. (X)
b) Para pelajar itu berasal dari Jepun. (√)
8. Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja.
Contoh:
a) Berbagai barang antik ada dipamerkan di situ. (X)
b) Berbagai-bagai barang antik ada dipamerkan di situ. (√)
9. Kesalahan menulis singkat kata bilangan pisahan tiap-tiap menjadi tiap sahaja.
Contoh:
a) Tiap petang dia bermain badminton. (X)
b) Tiap-tiap petang dia bermain badminton. (√)