SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

27 November 2011

Petua untuk hilangkan pening kepada



Tentu dalam sebulan tu...ade je ..pening kepada.Kenapa je...Tentu banyak benda yang dah dilakukan.Tak payah fikirlah.....tapi jangan buat dek je...nanti parah.Untuk itu kat sini adalah sikit petua...tu pun dapat kat internet....Cubalah manalah tahu kot2 jadi..

"Cari sebiji bawang putih.Potong bawang tu...nipis-nipis. dan tempekkan pada bahagian tepi dahi kita (dua2 belah).Bawang putih akan menyedut bisa pada kepala.Biarkan beberapa jam.Seelok2nya biar je kat situ sehingga pening tu hilang.Kadang2 akan ada sedikit tanda merah kehitaman kat bahagian dahi tadi.Lepas sehari dua.....kesan tu akan hilang"

selamat mencuba...

26 September 2011

04 August 2011

MOTIVASI DIRI



Agak lama lah jugak tidak mencoret sesuatu kat blog ni....Nak kata sibuk tak jugak.Nak kata tak sibuk pun tak jugak.Lebih kurang sebulan lebih lagi,....anak2 didik SKBS akan berjuang di medan perang iaitu....menghadapi peperiksaan UPSR.Entah apa yang akan dicorakkan oleh anak2 didik pada tahun ini...Tuhan sahaje yang tahu....Harapan warga sekolah agar mereka semua akan dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan bersungguh-sungguh.Keputusan yang akan keluar dalam bulan November nanti menjanjikan sesuatu yang akan menggembirakan semua. Terasa risaunya..apabila melihat anak2 didik selambe je.....Semacam mereka dalam dunia mereka sendiri. Peperiksaan makin hampir...Tapi.....belajar tak bersungguh-sungguh.Asyik main je...Nak buat lagu mane lagi ni......Yang nak peksa ...kamu wahai anak2 didikku...Cikgu2 hanya boleh bekalkan ilmu dan semangat je...So.....ayuh ....anak2 didikku.....gandakan usaha....kuatkan semangat.....betulkan perjuangan......tekadkan azam.....untuk mencapai kejayaan yang betul2 cemerlang...USAHA TANGGGA KEJAYAAN....KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG MELAYANG KEPADA KITA.....USAHA..AZAM DAN TEKAD KUNCI KEJAYAAN....

20 July 2011

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN

Beberapa hari lagi kita akan melaksanakan Puasa Ramadhan. Apa yang harus kita persiapkan dalam menyambut bulan yang penuh keagungan ini? Ada beberapa hal yang dapat kita lakukan untuk menyambut bulan Allah ini.

Mulailah menjaga diri dari apapun yang Allah haramkan. Usahakanlah untuk mulai puasa dari apa pun yang tidak disukai Allah. Allah Maha Melihat perjuangan kita. Kita harus bersungguh-sungguh agar Allah Yang Maha Menyaksikan benar-benar melihat diri kita menjadi orang yang bersiap-siap menyambut bulan Allah ini.

Mulai saat ini, hindari telinga, mata, mulut kita dari sesuatu yang tidak layak kita dengar, kita lihat dan kata-kata yang tidak berguna.

Mari kita siapkan rumah kita menjadi rumah yang penuh berkat dalam bulan Ramadhan. Kita harus mulai melihat jika ada yang haram di rumah kita. Bukalah lemari, kalau ada yang diragukan segera keluarkan. Lihatlah dapur kita, kalau ada barang yang kita ragukan segera keluarkan. Bebaskan rumah kita dari hal yang sia-sia. Apa lagi yang kita cari selain keredhaan Allah. Adakah kira berasa senang apabila rumah kita dipuji manusia tapi dibenci Allah?

Menjelang Ramadhan, dekatkanlah segala sesuatu yang akan membuat kita akrab dengan Allah. Selalu baca Al-Qur'an di mana-mana sahaja.

Sediakan juga anggaran khusus untuk sedekah dan anggaran untuk berbuka bagi orang lain. Satu butir kurma yang kita berikan untuk berbuka, pahalanya sangat besar.

Mulai sekarang, sambil membersihkan rumah, bersihkan pula fikiran dan hati kita dari fikiran negatif. Hindarkanlah daripada membenci seseorang.. Mulai saat ini, jadilah orang yang pemaaf. Bebaskanlah diri daripada untuk membalas dendam.

Alangkah bagusnya kita meminta maaf kepada ibu bapa menjelang bulan Ramadhan. Ziarah ke makam orang tua kita bagi yang sudah meninggal. Minta ampunlah kalau kita belum sungguh-sungguh membahagiakan ibu bapa kita. Suami isteri juga ada baiknya saling meminta maaf. Tidak ada salahnya minta maaf kepada orang yang lebih muda dari kita, termasuk kepada adik dan anak-anak kita. segeralah minta maaf. Minta maaflah dengan ikhlas,sehingga kita akan lebih ringan memasuki Ramadhan.

18 July 2011

Kelebihan Syaaban

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.
Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.
Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.
Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.
Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

*lmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh*

05 July 2011

PESANAN UNTUK KEHIDUPAN



1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

MENCARI KHABAR IMAN

MENCARI KHABAR IMAN

Di hening subuh
Aku terjaga
Hatiku berbicara lagi
Apa khabar imanku hari ini?
Hati yang lara memberitahu
IMANku kini di ambang kelemahan
Kerna nafsu menguasai diri
IMAN menangis sendiri di sudut hati…
Mengenangkan nasib diri yang telah hanyut
Di buai kesesatan

Di hening subuh
Aku tersentak dari lamunan mimpi
Hatiku menangis sendiri
Mengenang titik dosa yang menghitam
Astgfirullahal azim
Spontan lidahku menyebut nama Ilahi
Memohon keampunan dari seksaan neraka berapi
Lantas sejadah ku bentangkan menghadap kiblat
Solat sunat dua rakaat ku kerjakan
Doa nasuha ku himpunkan
Moga taubat di terima ilahi…

Hatiku berbicara lagi
Apa khabar IMANku hari ini?
IMAN menjawab
Gandakanlah amalan
Berdoa dan bertawakkallah
Nescaya NUR hidayah makin terasa
Semoga jauh dari kejahilan
Ingatlah…
Dirimu bak sebuah perahu
Muatannya bak imanmu
Layarnya bak usahamu
Yang tidak berpenghujung….

IMAN adalah mutiara….

http://seindahmawar.wordpress.com/2009/06/28/mencari-khabar-iman/

22 June 2011

KENAPA LELAKI SUKA AWEK CUNNN.


Apabila di tanya mana-mana lelaki tentang ciri-ciri girlfriend yang macam mana diaorang mahukan, jawapan pertama diaorang mesti si awek tu cantik. Kadang-kadang lelaki yang tak berapa handsome pun ada angan-angan nak awek cun. Bila jalan berdua-duaan sambil pegang tangan nampak dah macam beauty and the beast pulak. Kata orang tidak di peduli yang penting

boleh jalan dengan bidadari. Waa..baru nampak macho. Macam jalan dengan Lisa Surihani. Pernah tak korang terfikir kenapa lelaki hanya nakkan awek cun. Yang tak cun langsung tak dilayan.KENAPE YE.............NI JAWAPANNYA.

Untuk Tayangan Umum

Sebenarnya lelaki yang tak berapa handsome ni kalau dah dapat awek yang cun melecun dorang rasa sangat bangga. Sebab bukan mudah nak dapat yang betul-betul cun. Kalau boleh nak berkepit dua puluh empat jam bertenggek atas moto e kali lima, kasi semua orang tengok awek dia. Ada yang puji lagi lah kembang hidung si pakwe. Awek cun pulak untung sebab dorang akan di tatang bagai minyak yang penuh oleh pakwe mereka.

Untuk Capai Cita-cita Yang Ditanam Pada Zaman Kecik-kecik Dulu

Lelaki akan pasang angan-angan nak dapatkan bidadari sejak dari kecik lagi. Jadi, dorang akan memulakan misi memburu awek cun sehingga dapat. Andai ada awek yang tak berapa cun minat dekat dorang, pasti tak akan dilayan.

Nak Tepati Pemilihan Calon Isteri Mengikut Islam

Yang ni lelaki ramai ingat macam mana nak cari perempuan mengikut Islam. Yang pertamanya dipilih melalui rupa paras , keturunan, harta dan akhir sekali agama. Tapi yang peliknya, tiga lagi ciri-ciri lain tak ada pulak lelaki ambik peduli kalau dah jumpa awek cantik. Bagi mereka kalau muka cun tapi perangai tak ok boleh di maafkan. Sampaikan tak nampak langsung kesalahan pada si awek cun.


CERITO NOGORI 9 PULAK..

Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”

CERPEN ORANG GANU...

BACALAH YE....SLOW2...JGN CEPAT2 NANTI TAK FAHAM..

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serbe dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kok luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh ning, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari ning?” Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru die teringak pukol 11 ade kene wak kheje sikik hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang die ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi ning, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kene bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekak sipang trapik lek Pulau Musang. Döp ingak starang nok tamböh minyök kemarèng.

Dök dang 10 minik Mamat siak belake döh. Minung air kopi-ö setegök due, lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah kasut tu. Bekilat siörr! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah. Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbak dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ade kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kene pötöng hanyaar. Lepah pade suraa Flek Batah Baru tu ade dèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ade gök. Kalu jallang sikik lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepak juaa khète baru cak Hyundaa dengang Kia. Di antare kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ade celöh-celöh tu jabbat löyar baru buke. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu, Mamat mari mikkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikak due. Napök gaye ader due örang jer kherani. Llaki sörang, puang sörang. Boleh tahang hök puang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kak jari manih tu. Tunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nannang. Mamat kabö ke kherani puang tu dia nök jupper Tuang Löyar.

Hayak hidup Mamat dök rajing jupper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. nye mari debö wèh. Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cak Panasonic kat linger die. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?” Mamat bukang pandaa sangak cakak orang putih. Tapi bile dengö haa pitih die pahang. Mainang ape jute-jute ning? Mamat mari mikkir. Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mate tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saye sibuk sangak ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat. Mamat pucak kesi. Dök tahu nök kate mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh.

Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak. “Sebenörnyer tuang, sayer ning kheje dengang sarikak Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!” Muka tuang löyar tu jadi biru nèrang! Döh nök wak guane starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lening kate “kantoi”!

20 June 2011

SUKAN SEKILAU KALI KE-23

MERIAH.....MERIAH....MERIAH.....
Itulah ungkapan yang seharusnya mesti dikeluarkan.
Perjalanan sukan tahunan pada tahun ini berjalan dengan lancar.Masing-masing menjalankan tugas yang diamanahkan dengan dedikasi.Tidak nampak sebarang kecacatan dalam menjalankan sukan ini.Tahniah diucapkan kepada semua guru yang berusaha bersungguh-sungguh sehingga temasya sukan di sekolah kita berjalan dengan lancar.Tahniah juga diucapkan kepada kontijen rumah Merah kerana menjuarai temasya sukan kali ke-23.Tahun depan kita cuba buat yang lebih baik.......
bekas pelajar SKBS juga turut hadir memeriahkan temasya sukan kali ini

olahragawan,olahragawati,olahragawan harapan dan olahragawati harapan
Sukan Tahun kali ke-23

Tahniah....tahniah.....tahniah


Tahniah..rumah kuning kerana menjadi johan perbarisan....
persembahan yang begitu menarik

nampak cantik...rumah kuning

16 June 2011

SEDAR DIRI YANG POSITIF

Kesedaran amat penting dalam hidup kita.Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan baik secara sengaja ataupun tidak.Orang yang masih tidak sedar-sedar maka orang itu tidak layak untuk tinggal di bumi Allah ini.Untuk menjadi baik ataupun kembali kepada fitrah .maka kita perlu akan kesedaran.Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka sebenarnya, pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan kemanakah haluan dan arah tujuan mereka. Mereka juga sentiasa sedar betapa sedikitnya dan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan. Orang berjaya sentiasa berkeinginan untuk belajar menambah ilmu pengetahuan.

Mereka juga sentiasa mengimbangi dunia dan akhirat. Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak rajin membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemampuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki diri samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.

Orang yang bakal gagal pula adalah orang yang tidak sedar atau tidak mahu mengetahui keadaan di sekelilingnya. Mereka tidak sensitif terhadap kehendak atau perasaan orang lain, bahkan membuat perbuatan ikut suka hati mereka saja. Orang sebegini tidak layak untuk dihormati atau diberikan rasa hormat.

14 June 2011

Salam semua....
Sempena kedatangan bulan Rajab yang mulia ini ...marilah kita bersama-sama meneliti dan melihat kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Rajab.Sama-sama kita baca.


KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


    11 June 2011

    RAHSIA LAHIR BULAN 3

    RAHSIA BULAN KELAHIRAN MENURUT DR.FADZILAH KAMSAH

    UNTUK SESIAPA YANG LAHIR BULAN MAC


    * Berpesonaliti menarik dan menawan.
    * Mudah didampingi.
    * Sangat pemalu dan pemendam rasa.
    * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
    * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
    * Suka pada kedamaian.
    * Sangat peka pada orang lain.
    * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
    * Tidak cepat marah dan sangat amanah.
    * Tahu membalas dan mengenang budi.
    * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
    * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
    * Suka berangan-angan.
    * Suka melancong.
    * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
    * Kelam kabut dalam memilih pasangan.
    * Suka dengan hiasan rumahtangga.
    * Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
    * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
    * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

    ( cukup hanya sekadar untuk pembacaan sahaja,jika ada persamaan mungkin hanya sekadar kebetulan sahaja )

    HADIS NABI S.A.W

    Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W sabdanya:

    Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.



    Read more: http://www.resepirahsiaku.com

    CARA NAK HILANG SERABUT....PERUT/OTAK DAN SEBAGAINYA

    Kehidupan seharian yang sibuk membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah di bawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

    1. Tarik Nafas
    Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

    2. Ambil Wudhuk
    Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

    3. Tulis
    Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

    4. Kenalpasti Yang Utama
    Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

    5. Buang Yang Tidak Penting
    Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

    6. Cukup Rehat & Tidur
    Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

    7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
    Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.

    Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

    8. Kembali Kepada Alam
    Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

    9. Lepaskan
    Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan?
    Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

    10. Kemas Ruang Anda
    Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada
    dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

    11. Berkongsi Masalah
    Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah
    orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri.

    Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

    12. Sedikit Lagi
    Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

    13. Buat
    Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu.
    Jangan bertangguh!

    SUMBER : http://www.esempoi.com/artikel/tips-kehidupan/13-cara-mudah-utk-kosongkan-fikiran-yg-berserabut/

    CERITA LUCU.....PERASAAN PAKCIK JER!!!!!!!

    PERASAAN PAKCIK JER!!!!!!!


    Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

    “Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....?
    Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
    “Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak Cik..... rayu murid itu terus.

    Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu.....Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.

    Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab.
    Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

    Sumber : http://zonlawak.blogspot.com/2010/02/perasaan-pakcik-jer.html

    10 June 2011

    Pelajar cemerlang

    Salah satu cara untuk menjadi pelajar cemerlang ialah tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

    10 SEBAB GAGAL SELESAIKAN TUGASAN

    Assalamualaikum w.b.t.
    Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh ketua dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.
    1. Terlalu banyak gangguan
    Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.
    2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
    Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.
    3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
    Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).
    4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
    Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.
    5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
    Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.
    6. Anda seorang yang suka bertangguh.
    Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.
    7. Anda rasa tidak dihargai
    Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’ antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan. Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan sebagainya.
    8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
    Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikir bahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya. Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.
    9. Anda ‘Burned out’
    Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.
    10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
    Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

    Sumber : http://www.fitrahpower.com/10-sebab-anda-tidak-dapat-menyelesaikan-sesuatu-tugas-di-tempat-kerja-dengan-baik/

    06 June 2011

    PETUA UNTUK SIHAT

    PETUA IMAM SYAFIE
    4 PERKARA UNTUK SIHAT
    Empat perkara menguatkan badan
    1. makan daging
    2. memakai haruman
    3. kerap mandi
    4. berpakaian dari kapas
    Empat perkara melemahkan badan
    1. banyak berkelamin (bersetubuh)
    2. selalu cemas
    3. banyak minum air ketika makan
    4. banyak makan bahan yang masam
    Empat perkara menajamkan mata
    1. duduk mengadap kiblat
    2. bercelak sebelum tidur
    3. memandang yang hijau
    4. berpakaian bersih
    Empat perkara merosakkan mata
    1. memandang najis
    2. melihat orang dibunuh
    3. melihat kemaluan
    4. membelakangi kiblat
    Empat perkara menajamkan fikiran
    1. tidak banyak berbual kosong
    2. rajin bersugi (gosok gigi)
    3. bercakap dengan orang soleh
    4. bergaul dengan para ulama