SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

27 November 2010

Anakku dah bersunat


Alhamdulillah...Anakku yang ke-2 dah bersunat pada hari semalam 26 November 2010 kat Klinik Al-Farabi,Jaya Gading.Aku join sekali sewaktu doktor melakukan perkara tersebut.Mula2 tu anakku nak nangis tapi aku ada....aku nasihatkan dia agar tabahkan hati.Selepas dicucuk dgn ubat bius...kesakitan dah tak dirasa.Aku menyaksikan doktor melakukan operasi tersebut.Dari awal hinggalah proses membalut.Kalau dulu bersunat dgn gunting atau pisau ...tapi kini dah canggih.Doktor gunakan laser.Cara ni tak banyak darah yang keluar.Fuyooo canggih tu.Aku tabiklah kepada doktor tersebut yang melakukan proses tersebut dgn teliti dan kemas sekali.Proses bersunat dgn cara ini tak meyakitkan budak2.walaupun agak mahal juga...... tetapi aku berpuas hati.Selamat menempuh alam remaja wahai anakku.

24 November 2010

Pi Mega hari ni...



Hari ni ..aku sekeluarga pergi Megamall.Budak2 kelas 6IK ajak untuk hilangkan kebosanan dok kat umah aje cuti2 ni serta untuk bersua muka...maklumlah sejak cuti sekolah tempoh hari...tak berjumpa.Kalau jumpa pun kat alam maya je.Aku ke sana ..sampai kat sana pukul 12.10 tengah hari.Jumpalah anak2 didik 6Ik kat situ.Antaranya ialah...ika lolipop,minmin,iqah pika,ain,dhania azreen,ena,amir,aliff,muzammil,salam,nazim, khairul,iqbal,dan juga Cikgu Noraini bersama anakandanya.Destinasi pertama ialah kat McD.Kat situ makan2 je.Ingat nak belanje diorang semua...tapi masing2 dah nak bayar sendiri......ikut ajelah...Lain kali lah cikgu belanja.Seterusnya terus ke pusat permainan keluarga.Mainlah kat sana..ape lagi.Pertama kali masuk kat orang karoake.....fuyoo....ika lolipop nyanyi...kalahlah semua orang.Tak dapat bertahan lama kat dalam tu...suara diorang ..agak oklah jugak.Lepas tu pergi main boling.Main 2 game..Oklah jugak...sekali sekala main...lama2 oklah tu.Selepas tu tunaikan kewajipan kepada Tuhan.Sembahyang Zohor kat surau Megamall.Dah lepas sembahyang ..rasa lega.Alhamdulillah....anak2 ku azmeer,azreen,azmeen dan azeem serta isteri bersembahyang kat situ.Lepas tu aku sekeluarga balik ke rumah....penatlah jugak tapi happy.Terima kasih anak2 didikku.

20 November 2010

Motivasi Diri


ANDA SKEMA ?
“skemanya ngko”

“dia tu budak skema”

“ngko ni skema tul la”

“janganlah skema sangat”
Jika ada orang kata yang Anda skema, atau ada orang kata yang Anda ni terlalu lurus, terima saja itu sebagai teguran membina, bukan kritikan membunuh.
Jangan cuba ubah diri Anda supaya nampak tak skema semata-mata untuk mahu menarik perhatian orang yang menegur Anda tu sebab Anda tak akan merasa selesa dengan perubahan yang Anda buat. Anda akan berperang dengan perasaan sendiri sama ada mahu megikut kemahuan orang lain atau berubah mengikut selera sendiri.
Jadilah diri sendiri dan jangan cuba jadi orang lain yang Anda nampak ‘perfect’ sebab semakin Anda cuba untuk jadi perfect, semakin banyak kekurangan diri Anda akan terserlah.
Penampilan atau ‘impression’ diri Anda akan kelihatan lucu (sebab serba tak kena) kerana perubahan yang Anda cuba buat pada diri Anda nampak tak ngam. orang lain akan mentertawakan Anda. Anda akan merasa tertekan, marah dengan diri sendiri, emosi Anda jadi ‘down’.
Motivasi Anda hilang serta merta. Walaupun orang kata Anda skema, biarlah Anda skema janji Anda selesa dengan sikap skema tu. Nak berubah menjadi orang yang bukan skema boleh, tapi biarlah berubah secara bertahap, satu demi satu supaya nampak ngam dan anda selesa dengan perubahan yang Anda buat. Hasilnya pun mantap.
( dipetik dari : http://imotivasi.com/ )

4 petanda bagaimana nak kenal pasti pemikiran negatif dalam diri seseorang


1. Lihat pada kata-katanya.
Orang berfikiran negatif biasanya suka merendah-rendahkan, mengetawakan kesilapan, membanding-banding, bercakap penuh ego. Dia tidak ada empati (memahami orang lain) dan tidak ada sikap merendah diri (humble). Dia banyak menjadikan dirinya sebagai contoh rujukan untuk menampakkan dia lebih bagus, sedangkan dia masih lum mencapai apa-apa kejayaan hebat.
2. Lihat pada perbuataannya.
Biasanya dia lebih banyak cakap dari buat. Dia akan banyak berlagak hanya kerana dia tidak mahu kalah pada pencapaian orang yang jauh lebih bagus. Dia banyak mempertikaikan, kurang berusaha membaguskan pencapaiannya. Dia suka mengomen, mengomplen dan mengkritik.
3.Lihat pada hidupnya.

Pemikiran negatif menjadikan dia tak ada inisiatif nak mencapai kejayaan, kebahagiaan juga ketenangan. Orang berpemikiran negatif masih tak dapat mencapai apa-apa sebab dia terlalu sibuk mengambil tahu hal orang lain dari sibuk memajukan diri sendiri. Hidupnya bermasalah, dengan pasangan hidupnya ada saja yang tak kena.
4. Bila di tegur, dia melenting pula.
Orang berpemikiran negatif anggap teguran sebagai merendah-rendahkan maruah. Dia tidak akan menerima teguran sebagai benda untuk memajukan diri. Ego mendorong dia melenting pada teguran.
Jika Anda dapat melihat SALAH SATU daripada 4 petanda di atas, maka orang itu ternyata ada mindset negatif.
( dipetik dari : http://imotivasi.com/ )

19 November 2010

Sayonara...murid2 tahun 6


Tanggal 16 November 2010...merupaKAN hari akhir persekolahan pada tahun ini.Para pelajar tahun 1 hingga 5,mereka akan kembali lagi ke sekolah ini pada tahun 2011.Buat pelajar tahun 6....semua ini tak akan berlaku.Tarikh keramat ini merupakan hari terakhir mereka berada di sekolah ini.Pada tahun 2011,mereka AKAN MELANGKAH kaki ke sekolah menengah.Sudah pasti semua kenangan yang telah mereka lalui akan menjadi memori.Mungkin kali pertama melangkah kaki ke sekolah rendah terasa bagai berada di tempat yang terasing.Ada yang menangis,bermain ke sini sana dan sebagainya.Detik itu bermulalah alam persekolahan yang rasmi bagi seseorang pelajar.Bermula belajar membaca dan seterusnya membilang nombor sehinggalah dapat membaca dengan lancar.Dari tahun ke tahun peningkatan umur berlaku dan sudah semestinyalah meningkat tahun pembelajaran.Bermula tahun satu hinggalah tahun 6.Banyak benda yang dipelajari.Banyak benda yang diselidiki.Banyak benda yang diketahui. banyak benda yang fahami.Semua itu asam garam dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.Begitu cepat masa berlalu...nah...kini dah tamat tahun 6.Bermula alam menengah sehinggalah ke menara gading..ayuh belajarlah sehingga segulung ijazah dapat kamu genggami. Selamat tinggal pelajar tahun 6 daripada kami guru-guru sekolah kebangsaan.Belajar dan terus belajar.

11 November 2010

UPSR dah keluar........apa cite..


Hari ni..keputusan UPSR dah kuar.Ade 2 perasaan yang ade ketika itu.Sedih bercampur suka.Kebanyakan anak2 didik berjaya mendapat keputusan yang agak baik.Kat sekolah ade 30 orang dapat 5A.Tumpang gembira je....Anakku (Azmeer) mendapat 4A 1B. Walaupun tak dapat 5A spt orang lain tu..ayah dah bangga dengan pencapaian itu.Anak-anak didik 6 Ibnu Khaldun ade yang gembira dan ade yg sedih apabila terima result tersebut. Seramai 15 orang mendapat 5A, 9 orang mendapat 4A 1B, 2 orang mendapat 4A 1C, 5 orang mendapat 3A 2B, 2 orang mendapat 3A 1B 1C, 1 orang mendapat 2A 3B dan 1 orang mendapat 2A 2B 1C. Tahniah di ucapkan. Anatara yang mendapat 5A ialah ......Amirul Aliff,Syazwan Hilmy,Hisyam, Kerol,Shahrul Amin,Pydot,Fathin,Jashmin Khaleeda,Aida,Ena,Farisha,Ain,Yayayoyo, dan Aliaa.
Tahniah sekali lagi daripada Cikgu.Yang lain teruskan usaha supaya masa depan kalian sentiasa cerah.

09 November 2010

Berdebar-debar,......sebab ape ye......


Menjelang 11 November 2010.....Hati ini berdegup agak kencang.Itulah hari yang ditunggu-tunggu sekian lama.Apa tak nye pada hari tulah...keputusan UPSR 2010 akan diumumkan.Ade 2 personaliti yang mendebarkan diri ini.Pertamanya apalah....yang anak sulungku (Azmeer) akan dapat nanti ye...Keduanye..bagaimana dengan keputusan kelas 6IK nanti...oh makin difikirkan..bertambah kencang gelora di hati ini.Harapan yang menggunung tingginya disandarkan kepada mereka.Apa2 pun aku redha..dengan keputusan yang bakal diperoleh oleh anakku dan anak2 didik 6Ik.Mereka telah berusaha dengan seberape daya upaya mereka.Jadi keputusan pada hari Khamis ini memperlihatkan kesungguhan mereka.Seandainya yang diharapkan kepuasan tetapi kesedihan yang diterima...jangan bersedih..jangan berputus asa...jangan putus harap...jangan terlalu merintih...Ketepikan yang boleh membuatkan kita dilanda kesedihan.Cikgu doakan sesuatu yang baik akan menjelma di hadapan kamu nanti.Amin.

08 November 2010

SESUNGGUHNYA ALLAH MEMANG SENGAJA



Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah

supaya kita sedar

bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yang salah supaya kita dapat

KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar

bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG

kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita

dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat

mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah

supaya kita jadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA.

Memang ALAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah

supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah

supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa

kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esokpun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredaan ALLAH SWT dengan

melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang

menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.


07 November 2010

Erti Sahabat


Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.









Kata-kata Hikmat yang perlu dihayati


Kekitaan yang erat tiada yang berat.
Perlunya kita kemaskan semangat perpaduan dan saling membantu, kerana di situ letaknya titik kekuatan. Sebatang lidi mudah dipatahkan, tapi tidak segenggam lidi.
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Dalam setiap laku dan pekerjaan, perlunya ada kesabaran. Tanpanya, mudah sahaja kita putus semangat di tengah jalan. Ketekunan pula membawa diri lebih hampir dengan kejayaan yang ingin dicapai.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Setiap yang dilahirkan di dunia ini mempunyai peluang masing-masing untuk memilih ruang hidup mereka. Setiap daripada kita tidak pernah tahu apakah yang akan kita lalui sepanjang hidup, sama ada beroleh kesenangan atau kepayahan.Rebutlah peluang yang ada.
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
Ada ilmu, curah-curahkanlah. Tidak akan rugi sedikit pun kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
Hayat manusia pendek sahaja. Nikmatilah hidup dengan panduan yang telah diberikan. Kita ada dua khazanah yang tidak ternilai iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita hidup mesti ENJOY, bukannya enjoy!

06 November 2010

Iman..Kamu cuti hari ini ?






Iman : Assalamualaikum.
Diri : Waalaikummussalam.Oh Encik Iman!Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?



Iman : Apa pula saya cuti bos.Saya kan diberi cuti.
Diri : Oh ye,lupa.Itu la,saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan
syarikat akan bertambah lepas En. Nafsu bekerja.Tapi jadi kelam-kabut lak.Lepas
terdengar ustaz kat tv berceramah hari tu,saya teringatkan kamu.
Iman : Jadi saya boleh bekerja la bos?Saya boleh ambil balik jawatan saya daripada En.Nafsu.
Diri : Eh,tak boleh.Saya sayang nak pecat En. Nafsu.Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang
tinggi,tapi dia berjaya menghiburkan saya.
Iman : Kalau mcm tu,lebih baik saya berundur.
Diri : Eh,jangan!Tolonglah saya.Saya tak boleh kehilangan kamu berdua.
Iman : Tapi bos kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat.Perbezaan antara kami sangat
besar.En. Nafsu tu saya lihat lain sangat dgn saya.
Diri : Saya rasa serba salah la pulak.
Iman : Bos boleh pilih satu je.Bos perlu mujahadh untuk pecat En. Nafsu,bos.
Diri : Saya tahu.Jauh dalam hati saya ,saya memang perlukan kamu,En. Iman.Iri hati saya
tengok syarikat utz sebelah.Mereka boleh maju sebab ada orang mcm kamu.Baiklah,saya
kena pecat juga En. Nafsu,tak kiralah apa yang berlaku.En. Iman,saya mahu kamu
tubuhkan balik jabatan solat,puasa,zikir,al-quran dan apa-apa yang patut.
Iman : Alhamdulillah,nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak.Kalau bos teruskan
prestasi yang cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah
s.w.t.) sebagai muttaqin.
Kitalah bos kepada diri sendiri.Kita yang menguruskan semua tentang diri,makan minum,pakaian,pelajaran dan pekerjaan.Tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita.Buatlah keputusan terbaek dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman.Jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam hati

Susahnya nak bermanis muka


Kadang2 saya rasa pelik ...ada org yg susah sangat nak bermanis muka dengan org lain...dalam kata lain...SENYUM...bukankan ALLAH menjadikan manusia itu sempurna..gunakanlah kejadian ini dengan sebaik2nya. Kita tak perlu wajah macam miss world..kalau nak bermuka manis...cukuplah dengan melontarkan senyuman seikhlas hati....BUKAN KE SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH???????Jadi senyumlah..apa lagi...senyumlah sepuasnya...tetapi jangan tersenyum tak tentu pasal...nanti buruk pula tanggapan orang.

Nilai sebuah pekerjaan


Semasa di alam kanak-kanak, cikgu selalu bertanya, apa cita-cita kamu apabila besar nanti? Jawapannya pasti berbeza-beza mengikut usia kita. Umur tujuh tahun hendak jadi superman sebab superman kuat. Umur darjah 4, saya nak jadi polis sebab polis boleh tangkap penjahat. Apabila meningkat lagi usia kita, umur 17 tahun, saya nak menjadi DOKTOR. Dan apabila masuk Universiti, kita bertukar lagi cita-cita. Saya mahu menjadi Programmer. Jikalau dinilai semula, cita-cita sebenarnya suatu perkara yang membuatkan kita berusaha gigih untuk mencapainya. Dan cita-cita ini juga terbina bila mana ada enzime yang mencetusnya. Sekiranya kita tidak ditanya cita-cita, pasti tiada cita-cita akan diri kita. Apabila tiada cita-cita, maka tiadalah kata-kata untuk memajukan dan merubahkan diri kita. Orang pernah kata, dengan kata-kata, ia mampu merubah seluruh kehidupan manusia. Dan kata-kata itu bermula dari diri kita. Anda lah penentu diri anda.Apabila sudah ada pekerjaan, apakah yang ingin dicapai dalam pekerjaan ini? Adakah ia terhenti setakat ini sahaja? atau ada cita-cita yang lebih agung dan utama dari cita-cita ini? Kunci pekerjaan, tingkatkan amal, kikiskan temberang. Jadikan Rasulullah sebagai ikutan, Allah sebagai Tuhan. Pasti disitu anda akan menjumpai nilai sebuah pekerjaan.

Terima Kasih..Terima kasih....Terima Kasih












Hari ini reka bentuk blog yang dihasilkan bertambah ok.Ada lah sikit perubahan berbanding dengan hari semalam.Ada yang try and error untuk membuatnya.Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada 2 orang anak didikku(gambar) yang banyak membantu bagi menceriakan lagi blog ini.walaupun pembelajaran melalui maya,namun segala pengajaran yang disampaikan dapat diikuti. Mempunyai blog sendiri membuatkan kita lebih bebas untuk menyampaikan apa sahaja yang terbuku di hati.Ini disebabkan kita boleh meluahkan apa sahaja yang kita fikirkan ,pendamkan dalam bentuk tulisan.Buat masa ini..ini je yang dapat dihasilkan.Untuk hari-hari mendatang akan diusahakan bagi menceriakan blog ini dan semestinya dapat memberikan maklumat kepada yang sudi menjengoknya.Akhir kata TERIMA KASIH IQAH ....TERIMA KASIH MARDHA.

05 November 2010

Kata bilangan



Untuk kali ini saya bawakan topik Kata Bilangan.Kat sini anak2 boleh belajar tentang jenis2 kata bilangan dan penggunaanya dalam ayat.Juga diselitkan tentang kesalahan-kesalahan penggunaan Kata Bilangan.

KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung atau membilang sesuatu. Dalam bahasa Melayu baku, kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu:
a) Kata bilangan tentu
b) Kata bilangantak tentu
c) Kata bilangan himpunan
d) Kata bilangan pecahan
e) Kata bilangan pisahan
f) Kata bilangan tingkat

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata bilangan tentu
Kata bilangan yang telah ditentukan jumlah atau bilangannya. Contoh: satu, tiga, enam, sepuluh, tiga ratus, lapan ribu, enam juta.
1 Kerani itu sedang mengepit satu keping fail.
2 Dua buah kelapa muda itu telah ditebuk tupai.
Kata bilangan tak tentu
Kata bilangan yang tidak diketahui jumlah/bilangannya. Contoh: para, semua, sesetengah, banyak, pelbagai
1 Semua penghuni kampung itu akan dipindahkan ke tempat lain.
2 Banyak rumah dan harta benda musnah dalam kejadian banjir lumpur itu.
Kata bilangan himpunan
Kata bilangan himpunan asalnya ialah kata bilangan tentu tetapi telah digandakan dan ditambah dengan
imbuhan ke- dan ber-. Contoh: berpuluh-puluh, berjam-jam, ketiga-tiga, kelapan-lapan
1 Kedua-dua buah jambatan itu rosak teruk.
2 Sudah bertahun-tahun kejadian itu berlaku.
Kata bilangan pecahan
Kata bilangan yang berbentuk pecahan. Contoh: setengah, satu perempat, dua per lima, tiga per lapan
1 Setengah bahagian kek itu telah dihurungi semut.
2 Dia mengambil masa hampir tiga per empat jam untuk menyiapkan surat permohonan itu.

Kata bilangan pisahan
Kata bilangan yang digunakan untuk membilang sesuatu secara berasingan. Contoh: tiap-tiap/setiap dan masing-asing
1 Tiap-tiap petang, Pak Ali membawa cucunya itu bersiar-siar di taman bunga.
2 Mereka gagal menyiapkan kerja masing-masing dalam masa yang telah ditetapkan.
Kata bilangan tingkat
Kata bilangan yang asalnya kata bilangan tentu tetapi telah ditambah dengan imbuhan ke. Contoh: ketiga, ketujuh, kedua belas, ketiga ratus, kedua juta .
1 Setelah masuk hari yang ketujuh barulah dia berasa badannya agak ringan sedikit.
2 Zainah memilih nombor giliran kedua untuk temuduga jawatan kerani itu.

Dalam penulisan elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:-
1. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu.
Contoh:
a) Lima guli itu telah retak. (X)
b) Lima biji guli itu telah retak. (√)
2. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu yang telah sedia membawa
makna jamak.
Contoh:
a) Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (X)
b) Sepuluh buah kilang di kawasan itu beroperasi secara haram. (√)

3. Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Banyak orang pelajar lulus dalam ujian sains itu. (X)
b) Banyak pelajar lulus dalam ujian sains itu. (√)

4. Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu.
Contoh:
a) Para guru-guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (X)
b) Para guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali. (√)

5. Kesalahan menulis singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
Contoh:
a) Kelapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (X)
b) Kelapan-lapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan. (√)

6. Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan
himpunan.
Contoh:
a) Kedua-dua bakul itu penuh berisi sayur. (X)
b) Kedua-dua buah bakul itu penuh berisi sayur. (√)

7. Kesalahan menggunakan kata bilangan tak tentu para menjadi para-para.
Contoh:
a) Para-para menteri itu sedang bermesyuarat. (X)
b) Para pelajar itu berasal dari Jepun. (√)

8. Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja.
Contoh:
a) Berbagai barang antik ada dipamerkan di situ. (X)
b) Berbagai-bagai barang antik ada dipamerkan di situ. (√)

9. Kesalahan menulis singkat kata bilangan pisahan tiap-tiap menjadi tiap sahaja.
Contoh:
a) Tiap petang dia bermain badminton. (X)
b) Tiap-tiap petang dia bermain badminton. (√)

Selamat Bertemu.....dalam.... alam maya

Salam semua....Ni merupakan kali pertama saya menulis dalam blog yang masih dalam proses kemas kini.Walaupun masih belum sempura blog ini ......masih juga inginkan blog ini ke alam maya supaya kepuasan dapat dirasai. Sebenarnya..jeles juga sbb budak2 sekolah dapat membuat satu blog yang sangat menarik dan kreatif so terdetik dalam hati utk sama2 bersaing dalam menghasilkan satu blog yang menarik dan dapat memberi manfaat kepada semua.Dalam paparan akan datang saya akan menjuruskan kepada bentuk ilmiah supaya dapat memberi sesuatu yang berguna kepada pada pelajar.Ok itu je..untuk kali ni....