Kesedaran amat penting dalam hidup kita.Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan baik secara sengaja ataupun tidak.Orang yang masih tidak sedar-sedar maka orang itu tidak layak untuk tinggal di bumi Allah ini.Untuk menjadi baik ataupun kembali kepada fitrah .maka kita perlu akan kesedaran.Orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran yang lebih, mereka sentiasa mempamer dan mempraktikkan kesedaran yang positif. Mereka tahu dan kenal pasti siapakah diri mereka sebenarnya, pada tahap dan taraf kehidupan manakah mereka berada ketika ini dan kemanakah haluan dan arah tujuan mereka. Mereka juga sentiasa sedar betapa sedikitnya dan betapa ceteknya pengetahuan mereka tentang ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan. Orang berjaya sentiasa berkeinginan untuk belajar menambah ilmu pengetahuan.
Mereka juga sentiasa mengimbangi dunia dan akhirat. Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak rajin membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemampuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki diri samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.
No comments:
Post a Comment