Perjalanan ke sana tidaklah payah sebab masing-masing memandu kereta. Tak macam dulu terpaksa naik bot atau menunggang kuda.
Sampai di Masjid Sultan Yahya Petra tepat jam 12.15 tengah hari.Terpaksa menunggu sebab upacara penikahan akan dilangsungkan pada pukul 2.00 petang.Sempat sembahyang berimamkan imam masjid tersebut.
Setelah majlis akad nikah selesai pada jam 3.00 petang,aku beserta ahli rombongan terus ke rumah pengantin perempuan yang kebetulan tidak jauh dari situ.
Majlis selesai pada pukul 4.30 petang.Selepas itu aku berserta ahli lain meneruskan perjalanan ke Ketengah Jaya (kampung) da sampai ke rumah tercinta tepat pada pukul 10.00 malam.Alhamdulillah semuanya selamat.Di bawah ada disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.Sekian
No comments:
Post a Comment