SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

15 December 2010

Sejuk seram ...dibuatnyerrr

Hari ini merupakan hari yang agak mendebarkan.Apa tak nyer ....kali ke-2 ke balai polis untuk buat report.Kali pertama tahun 2000.Ketika itu aku terlibat dgn perlanggaran kat jalan kuantan by-pass.Kali ini kes nya agak rumit jugalah.Tak yah lah cite kat sini.Aku buat report pada pukul 12.30 tengah hari.Setelah itu aku diminta berjumpa dengan pegawai penyiasat untuk diambil keterangan berhubung dgn kes yang aku report itu.Keterangan diambil secara terperinci sehingga pukul 3.40 petang.Fuuuh...lama tu.Setelah berpuas hati ..aku pun beredar dari Balai Polis Kuantan.Anak dan isteri sedang menunggu kat megamall.Aku hantar mereka kat sana pada pukul 12.00 tengah hari.Sebelum samapai ke balai polis....kete aku telah dilanggar dari belakang.Nasib agak baik tak rosak apa2.cuma calar je.Setelah beredar dari balai polis aku terus ke Megamall...makan ...dan seterusnya balik ke umah.Pesanan kepada teman2..hati2 ketika berurusan dengan sesiapa sahaja terutama jika melibatkan wang kerana penipuan ada di mana2.

MySpace Widgets

No comments:

Post a Comment