SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

31 December 2010

OOOO dah lame tak menulis kat blog ni.Minta maaf kepada pengunjung setia blog ni.Asyik2 buka..yang same je.Jadi hari ni nak berkongsi cite cikit.Hari ni gi daftar anak sulungku ke sekolah menengah.Cepatnye mase berlalu.Rupa2nye anak sulungku dah meningkat remaja dan akan memasuki alam menengah.Sudah pasti pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi.Berbalik kepada cite tadi...aku bertolak dari rumah pada pukul 8.15 pagi.Sekolah tu tak jauh...lebih kurang 15km je dari umah.Sesampai kat sana....aku dan anakku ke dewan besar untuk ikuti taklimat tentang pendaftaran tingkatan satu.Setelah mendengar beberapa ucapan ....aku dan anakku terus ke kelas yang ditetapkan.Anakku akan belajar di kelas 1 CENDEKIA iaitu kelas aliran agama.Oh ye lupa nak beritahu sekolah.Sekolah yang bakal anakku kunjungi setiap masa tahun 2011 nanti ialah SMK Bukit Rangin.Kelas tersebut di tingkat 3.Fuyooo....agak letih lah jugak sebab dah lama tak memanjat tangga ni.Kalau apa yang aku lihat...jumlah pelajar kelas tersebut ialah seramai 35 orang.Oklah tu....Setelah selesai daftar aku terus membeli buku tulis dan peralatan lain.Lepas tu apa lagi ...balik rumahlah.Jadi buat anakku...walau di mane jua sekolah yang engkau bakal meneroka ilmu.....kesungguhan dan ketabahan penting untuk berjaya.SELAMAT BELAJAR DAN BERJAYA.



MySpace Widgets

1 comment:

  1. Betullah cgu Azman, masa skrg begitu cepat berlalu. Tahnah buat Azmeer kerana dapat masuk ke rancangan khas. Azmeer dok asrama ke?

    ReplyDelete