SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

06 December 2010

Kongsi cerita tentang seluar dalam

Salam ...semua.Dah lama rasanya tak edit blog dan buka fb.Maklumlah kat umah ni ada satu laptop je.Yang satu lagi tu dah rosak.Walau apapun lawatan ke blog2 tertentu tetap dilakukan.Syabas dan tahniah yang berkesempatan edit blog masing2.
Hari ni nak cite cikit tentang episod seluar dalam.Kat kampung aku seluar dalam disebut juga spender...nak dijadikan cite..pada waktu nak melapah lembu korban tempoh hari......sepupuku yang terkenal dengan watak penglipur lara pun memulakan cerita.Ketika itu sedang memulakan aktiviti melapah.Dengan suara yang tak berape merdu..dia memberitahu kepada sekalian yang ada..bahawa tidak boleh gali kubur kalau pakai seluar dalam.Aku pun berhenti melapah.Setahu akulah...kalau gali kubur tak kisah kalau pakai seluar dalam.Sepanjang yang pernah aku belajar lah...tak ade nas yang melarang kita pakai seluar dalam ketika melakukan aktiviti tersebut.Setelah dia melihat aku puas mencarikan jawapan dan semua orang melihat kepadanya..dia pun memberitahu ..kalau pakai seluar dalam ketika gali kubur maka...kubur tu lambatlah dalamnya.Orang gali kubur pakai cangkul..tak pakai seluar dalam...Aku ketawa sendirian.Itu je citenye..harap dapat ikhtibar daripada cite ini.

No comments:

Post a Comment