SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

23 May 2011

Ketam Melayu dan ketam Cina


Ketam..image from Google

Diceritakan tidak lama dahulu, ada seorang Melayu yang ingin masak lauk ketam. Pada pagi itu pergilah dia ke pasar borong dan berjalan ke satu gerai menjual ketam kepunyaan seorang Cina..

Melayu : Apek ! itu ketam ada jual ka?
Cina : Ada...ada...lu mau ketam Melayu ka ketam Cina?

Melayu : Aik ! ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?
Cina : Itu sana dalam bekas ada tutup....ketam Cina...sana dalam bekas tak ada tutup...ketam Melayu la...

Melayu : Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup...ketam Melayu apek tak kasi tutup?
Cina : Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas..nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas..jadi semua keluarlah..

Melayu : Ketam Melayu tak itu macam ka?
Cina : Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi. Jangan kasi keluar. Dia mau dia satu ekor saja keluar yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar...dia terus lari....tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Kesimpuannya...inilah hakikat kehidupan kita hari ini..orang Cina kalau berniaga dan berjaya..orang Cina lain tak akan kacau..mereka akan tengok dan belajar bagaimana nak berniaga dan berjaya juga..dan orang Cina yang dah berjaya itu akan ajar mereka yang nak berniaga supaya mereka boleh berjaya juga...

Tetapi apa yang terjadi pada kita orang Melayu hari ini...penuh dengan PHD..Perasaan Hasad Dengki..tak boleh tengok orang lain berniaga dan berjaya...akan dijatuhkan juga orang yang berjaya itu dengan apa cara sekalipun..tak kiralah dengan cara halus atau cara kasar sekalipun..itulah hakikatnya...

Macam mana Melayu nak maju kalau terus dengan PHD ni..hanya kita sahaja yang mampu mengubah nasib kita sendiri..fikir-fikirkanlah dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment