SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

24 May 2011

JANGAN MERUNGUT

· Jangan merungut untuk suami/isteri yang tidur berdengkur pada waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain

· Jangan merungut untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah dan bukan berpeleseran di jalanan

· Jangan merungut untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan

· Jangan merungut untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal

· Jangan merungut untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar

· Jangan merungut untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai

· Jangan merungut untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat

· Jangan merungut untuk kaki yang lenguh disebabkan banyak berjalan, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan

· Jangan merungut untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut


Artikel asal - http://anarm.net/blog/renungan-sejenak-jangan-merungut.html#ixzz1NGciSkWf

No comments:

Post a Comment