SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

26 May 2011


oklah tu cikgu..speek litte2 Bahasa Magris....


MUSIM PEKSA NI....
JANGAN LUPA PADA BUKU YE.....
PASTIKAN BUAT YANG TERBAIK
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


ELAKKAN KEJADIAN SEPERTI INI
KALAU NAK SOLVE PROBLEM PUN
JANGAN SESEKALI BAWA SENJATA
KE SEKOLAH

Kata hikmah kehidupan...

Malam ni berjaga hingga ke pagi.Untuk ape ye...macam2lah yang dibuat.Salah satunya ialah kerja kursus.Bukan diri yang belajar tapi seseorang yang istimewa.Jadi sebelum tidur( 1.30 pagi )..saja nak tulislah cikit.Sedang teroka laman2 tertentu ..maka terjumpalah kata2 hikmat tentang kehidupan...so baca dan letaklah kat blog ambe ni...Sudi2kanlah baca ye...Selamat malam semua.

v Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

v Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

v Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

v Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Jika...jika...jika..jika..

Jika anak-anak hidup dengan kecaman,

mereka belajar untuk mengutuk.

Jika anak-anak hidup dengan permusuhan,

mereka belajar untuk berkelahi.

Jika anak-anak hidup dengan ketakutan,

mereka belajar untuk tercekam dalam kekhawatiran.

Jika anak-anak hidup dengan belas kasihan,

mereka belajar untuk mengasihani diri sendiri.

Jika anak-anak hidup dengan cemuhan,

mereka belajar untuk menjadi pemalu.

Jika anak-anak hidup dengan kecemburuan,

mereka belajar untuk merasa iri hati.

Jika anak-anak hidup dengan rasa malu,

mereka belajar untuk menyalahkan diri sendiri.

Jika anak-anak hidup dengan toleransi,

mereka belajar untuk bersikap sabar.

Jika anak-anak hidup dengan dorongan semangat,

mereka belajar untuk menjadi percaya diri.

Jika anak-anak hidup dengan pujian,

mereka belajar untuk memberikan penghargaan.

Jika anak-anak hidup dengan persetujuan,

mereka belajar untuk menyukai diri sendiri.

Jika anak-anak hidup dengan penerimaan,

mereka belajar untuk menemukan cinta didunia.

Jika anak-anak hidup dengan pengakuan,

mereka belajar untuk memiliki tujuan,

Jika anak-anak hidup dengan kebiasaan saling berbagi,

mereka belajar untuk bermurah hati.

Jika anak-anak hidup dengan kejujuran dan keadilan,

mereka belajar memahami apa kebenaran dan keadilan itu.

Jika anak-anak hidup dengan keamanan,

mereka belajar untuk percaya terhadap diri sendiri dan

terhadap orang-orang disekeliling mereka.

Jika anak-anak hidup dengan persahabatan,

mereka belajar bahwa dunia adalah tempat yang

menyenangkan untuk dihuni.

Jika anak-anak hidup dengan ketenteraman,

mereka belajar untuk memiliki ketenangan pikiran.

Jika anak-anak hidup dengan persahabatan,

mereka belajar bahwa dunia adalah tempat yang

menyenangkan untuk dihuni.

Jika anak-anak hidup dengan ketenteraman,

mereka belajar untuk memiliki ketenangan pikiran

25 May 2011

GANU VS KELATE

MENANTU TERENGGANU: MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........NANTI KITO BAYAR

MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH..... SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI

MENANTU TERENGGANU: LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG' (ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....

MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang)..... PAH TU KETE MANO PULAKKKK...

MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'..... HOK ADA SEPIT......(ketam)...

MENTUA KELANTAN : BAK PO TOK ROYAT ... AWAL2.

ELEKTRIK.....OOOOO CAM TU...

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Cerita ini tidak ade kene mengena dengan yang hidup atau yang mati....hanya untuk suka2 je.Untuk mengeletek hati je....

24 May 2011

JANGAN MERUNGUT

· Jangan merungut untuk suami/isteri yang tidur berdengkur pada waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain

· Jangan merungut untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah dan bukan berpeleseran di jalanan

· Jangan merungut untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan

· Jangan merungut untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal

· Jangan merungut untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar

· Jangan merungut untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai

· Jangan merungut untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat

· Jangan merungut untuk kaki yang lenguh disebabkan banyak berjalan, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan

· Jangan merungut untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut


Artikel asal - http://anarm.net/blog/renungan-sejenak-jangan-merungut.html#ixzz1NGciSkWf

Sekadar renungan bersama

KEBAIKAN ITU TERHIMPUN DALAM 4 PERKARA IAITU:

1. PERCAKAPAN
2. DIAM
3. PANDANGAN
4.GERAK GERI

TIAP-TIAP PERCAKAPAN YANG TIDAK DISERTAI DGN MENGINGATI ALLAH ADALAH SIA-SIA

TIAP-TIAP DIAM YANG TIDAK DISERTAI DGN MEMIKIRKAN KEBESARAN ALLAH ITU ADALAH LEKA

TIAP-TIAP PANDANGAN YG TIDAK DISERTAI DGN MENGAMBIL IKTIBAR ADALAH LALAI

TIAP-TIAP GERAK GERI YG TIDAK DISERTAI DGN PERHAMBAAN KPD ALLAH ADALAH TIDAK BERERTI DAN SIA-SIA

MAKA..OLEH ITU PEMBACA HARAPAN ISLAM SEKALIAN.. JADIKANLAH SETIAP..:

* PERCAKAPAN ITU SEBAGAI ZIKIR
* DIAM ITU SEBAGAI TAFAKUR
* PANDANGAN ITU SEBAGAI IKTIBAR
* GERAK GERI ITU SEBAGAI TANDA PERHAMBAAN...

23 May 2011

Ketam Melayu dan ketam Cina


Ketam..image from Google

Diceritakan tidak lama dahulu, ada seorang Melayu yang ingin masak lauk ketam. Pada pagi itu pergilah dia ke pasar borong dan berjalan ke satu gerai menjual ketam kepunyaan seorang Cina..

Melayu : Apek ! itu ketam ada jual ka?
Cina : Ada...ada...lu mau ketam Melayu ka ketam Cina?

Melayu : Aik ! ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?
Cina : Itu sana dalam bekas ada tutup....ketam Cina...sana dalam bekas tak ada tutup...ketam Melayu la...

Melayu : Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup...ketam Melayu apek tak kasi tutup?
Cina : Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas..nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas..jadi semua keluarlah..

Melayu : Ketam Melayu tak itu macam ka?
Cina : Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi. Jangan kasi keluar. Dia mau dia satu ekor saja keluar yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar...dia terus lari....tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Kesimpuannya...inilah hakikat kehidupan kita hari ini..orang Cina kalau berniaga dan berjaya..orang Cina lain tak akan kacau..mereka akan tengok dan belajar bagaimana nak berniaga dan berjaya juga..dan orang Cina yang dah berjaya itu akan ajar mereka yang nak berniaga supaya mereka boleh berjaya juga...

Tetapi apa yang terjadi pada kita orang Melayu hari ini...penuh dengan PHD..Perasaan Hasad Dengki..tak boleh tengok orang lain berniaga dan berjaya...akan dijatuhkan juga orang yang berjaya itu dengan apa cara sekalipun..tak kiralah dengan cara halus atau cara kasar sekalipun..itulah hakikatnya...

Macam mana Melayu nak maju kalau terus dengan PHD ni..hanya kita sahaja yang mampu mengubah nasib kita sendiri..fikir-fikirkanlah dan selamat beramal...

JANGAN BERPUTUS ASA



Apabila disuatu ketika, hidup anda tidak menentu.
Apabila jalan hidup yang anda pilih tidak seperti yang anda harapkan
Apabila kedudukan kewangan anda merosot
dan hutang piutang bertambah.

Dan anda ingin senyum, tetapi keadaan memaksa anda mengeluh
Apabila tanggungjawab anda semakin membebankan
Berihatlah dengan secukupnya, tetapi jangan
sekali-kali berputus asa

Hidup ini anih, dengan jalan yang berliku-liku
Seperti yang dialami olih kebanyakan orang.
Ramai yang kecundang

Dan ramai yang mungkin akan berjaya sekiranya mereka bersabar
Janganlah berputus asa walaupun ia memakan masa yang lama
Anda mungkin berjaya untuk kesekian kalinya

Selalunya, matlamat yang ingin anda capai itu
Sudah berada ditangan anda, tetapi anda masih juga gagal.
Kerana anda telah terlambat sebelum anda dapat
mencapai kemenangan
Sungguh merugikan

Kejayaan itu, adalah kegagalan yang tidak akan berlaku
Yang pada mulanya dipenuhi dengan perasaan ragu-ragu.
Anda tidak akan dapat mengetahui, betapa hampirnya anda
pada kemenangan, kecuali anda berusaha.

Tetapkanlah hati anda
Walau dihimpit kesulitan
Di waktu-waktu inilah anda tidak harus berputus asa

" HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT "


Source:
http://ms.shvoong.com/writing-and-speaking/self-publishing/1997556-sekadar-renungan-ketika-kesukaran-masalah/#ixzz1NBwiAY4n

16 May 2011

Macam-macam jenis guru ye....

"Cikgu garang : Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.

Cikgu lembut : Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud awww ~ ~ Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, aww, eh? Bukan, membentuk ketenangan dalam berjuang.

Cikgu lawak : Ini kompom antara feveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.

Cikgu mesra : Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra, kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.

Cikgu penyeri : Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ni tak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini adalah suami atau isteri.

Cikgu tersayang : Cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima kasih cikgu tersayang.

Cikgu teragung : Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan lakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah s.a.w. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah Al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.

Selamat Hari Guru