Wang syiling jatuh di hadapan
seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan
lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip
syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki
itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan
dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam
koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan
dengannya. Pun
sama,dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh
ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan
ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki
itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan
di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya
dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah
dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih
belum juga mendongak ke atas.
Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu
persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan
terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu
kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri
perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang
Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,rahmat
atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa
mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita
acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya
tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya
menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah,kegagalan,keperitan
dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa
kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur
mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Sumber : http://permatakata.wordpress.com/tag/pedoman-keinsafan/
No comments:
Post a Comment