FIKIR-FIKIRKANLAH YE... |
18 December 2012
Apa yang perlu ada dalam diri dalam mengejar cita-cita.
Tahu Tujuan
Tujuan anda
adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di
kemudian hari.
Tetapkan
Impian atau Matlamat.
Anda perlu ada
impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda
apabila anda berjaya mencapai tujuan anda.
Mempunyai
Keinginan Yang Kuat
Ini akan membantu
anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha
untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Tetapkan
Haluan Sendiri
Anda mempunyai
matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan
diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.
Berani
Meneruskan Perjalanan
Jika berhadapan
dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah
kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa
banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil
langkah yang seterusnya.
Lupakan Masa
Silam
Percaya atau
tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Anda
mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang
lain dengan apa yang anda lakukan. Hari ini adalah hari yang baru dan anda
sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda.
Sumber : http://azizie.com/umum/artikel-motivasi-tips-motivasi-diri
Semuanya darIpada ALLAH...
Wang syiling jatuh di hadapan
seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan
lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip
syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki
itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan
dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam
koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan
dengannya. Pun
sama,dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh
ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan
ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki
itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan
di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya
dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah
dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih
belum juga mendongak ke atas.
Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu
persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan
terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu
kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri
perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang
Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,rahmat
atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa
mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita
acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya
tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya
menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah,kegagalan,keperitan
dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa
kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur
mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Sumber : http://permatakata.wordpress.com/tag/pedoman-keinsafan/
12 December 2012
06 December 2012
Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.
Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah
Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.
NILAI MURNI
Terima kasih kepada Ahmad Syukri (http://bm-upsr.blogspot.com/2012/09/slide-nilai-murni.html)
Subscribe to:
Posts (Atom)