SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

27 February 2011

Nak jadi Pelajar Cemerlang


Antara ciri-ciri pelajar cemerlang
Mereka pandai membahagikan masa untuk pelbagai aktiviti atau pelajaran dan mereka tidak akan bersikap bodoh sombong dan akan bertanya soalan jika mereka tidak tahu.
Pelajar cemerlang juga akan mengulang kaji pelajaran dengan betul dan selalu membuat kerja rumah untuk memahami pelajaran tersebut.
Kita tidak boleh malas jika hendak menjadi cemerlang. Kita juga harus selalu mendengar nasihat guru-guru dalam kelas. Kita juga harus pandai membahagikan masa untuk pelbagai aktiviti dan mengulang kaji pelajaran.
Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita mesti tekun belajar dan harus rajin membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. Selepas sekolah, kita boleh berjumpa dengan guru dan bertanya kepada guru tersebut perkara-perkara yang kita kurang pasti dalam pelajaran kita. Di dalam bilik darjah, kita harus membiasakan diri untuk menulis nota – nota jikalau ada apa – apa benda yang penting dalam sesuatu subjek itu.
Kita juga harus merendah diri supaya orang tidak akan segan untuk meminta bantuan kerja sekolah daripada guru atau rakan-rakan. Jikalau dia menolong orang yang memerlukan pertolongan, dia dapat belajar daripada kesilapan orang lain dan dia akan menjadi lebih pandai atau cemerlang. Kita juga tidak harus bangga diri dan harus belajar secara konsisten supaya prestasinya tidak merosot .
Kita juga harus bertanya guru bagaimana hendak mendapat keputusan yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran yang kita bermasalah dan harus konsisten untuk mengikut cara gurunya.

No comments:

Post a Comment