27 February 2011
Nak jadi Pelajar Cemerlang
Antara ciri-ciri pelajar cemerlang
Mereka pandai membahagikan masa untuk pelbagai aktiviti atau pelajaran dan mereka tidak akan bersikap bodoh sombong dan akan bertanya soalan jika mereka tidak tahu.
Pelajar cemerlang juga akan mengulang kaji pelajaran dengan betul dan selalu membuat kerja rumah untuk memahami pelajaran tersebut.
Kita tidak boleh malas jika hendak menjadi cemerlang. Kita juga harus selalu mendengar nasihat guru-guru dalam kelas. Kita juga harus pandai membahagikan masa untuk pelbagai aktiviti dan mengulang kaji pelajaran.
Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita mesti tekun belajar dan harus rajin membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. Selepas sekolah, kita boleh berjumpa dengan guru dan bertanya kepada guru tersebut perkara-perkara yang kita kurang pasti dalam pelajaran kita. Di dalam bilik darjah, kita harus membiasakan diri untuk menulis nota – nota jikalau ada apa – apa benda yang penting dalam sesuatu subjek itu.
Kita juga harus merendah diri supaya orang tidak akan segan untuk meminta bantuan kerja sekolah daripada guru atau rakan-rakan. Jikalau dia menolong orang yang memerlukan pertolongan, dia dapat belajar daripada kesilapan orang lain dan dia akan menjadi lebih pandai atau cemerlang. Kita juga tidak harus bangga diri dan harus belajar secara konsisten supaya prestasinya tidak merosot .
Kita juga harus bertanya guru bagaimana hendak mendapat keputusan yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran yang kita bermasalah dan harus konsisten untuk mengikut cara gurunya.

Koleksi cerita lawak
Semua orang stres.Maklumlah semua orang ade keje yang perlu dibuat dan mungkin ade tempoh masa yang agak terhad untuk menyiapkannya.Jadi dalam paparan kali ini saya bawakan cerite2 lawak untuk kembalikan semangat dan hilangkan stres.Bacalah ye..
Cerita 1
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…
Cerita 2
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa ******* sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”
Cerita 3
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.
26 February 2011
Paku Di Dinding
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.
MySpace Widgets
Lawak ke....cu cite..cu..cite
Cerita lawak cikit....
Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.

25 February 2011
Riak wajah
Asyik2 gambar orang je yang diambil...Betullah kita yang pegang kamera..so kita ambillah gambar...kalau tak ambil baik jual je kamera tu.Petang2 ni...editlah gambar2 sendiri yang pernah orang ambilkan.Edit punya edit..jadilah cam kat atas tu.baru tahu tak semua sama kat dalam gambar tu.Tapi yang pasti sama ialah kat misai tu...same je.Seronok juga sekali sekali paparkan gambar sendiri.Kepada pembaca2 blog ni...janganlah marah ye...nak juga glamour sekali sekali.
MySpace Widgets
24 February 2011
Rasulullah dengan buah limau.......bacalah ye..
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan,
"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu.
Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Itulah keperibadian rasulullah yang perlu kita semua ikuti dan praktikkan.
MySpace Widgets
Hidup perlukan perubahan
Bersua lagi ..wahai pembaca blogku.Tentu perasan kan...lagu untuk blog ini dah ditukar.Kalau tengok gambar yang dipaparkan juga memperlihatkan suatu kelainan . Mengimbau sedikit kenangan lalu sewaktu kali pertama menjejaki kaki ke SKBS. Pada masa tu..berat badan hanya 55 kg je.Kalaulah angin bertiup kencang..pasti akan jatuh.Kini berat badan dah bertambah cikit je....cuma sekarang ni hanya 72kg je....Gambar kat atas tu membuktikan perubahan yang ketara. Bertukar ke sekolah bandar ..siapa yang tak kecut perut.Selama ni..hanya sekolah kat Felda dan kampung je.Macam2 lah yang bermain kat dalam fikiran.Berbekalkan pengalaman hampir 16 tahun..aku gagahi jua.Kini dah hampir 3 tahun ade kat sini...semuanya nampak begitu memuaskan.Oklah tu.Rakan2 yang ade kat sini semuanya friendly dan sudi menolong sekiranya ade masalah timbul.Anak2 didik seperti anak2 sendiri.So pengajaran pun bersemangat seperti mengajar anak2 sendiri.Selagi masih diterima di bumi SKBS...selagi itulah akan mencurah bakti mendidik anak2 kat sini.Jika sebaliknya...carilah tempat lain....
MySpace Widgets
12 February 2011
Pertama kali atau kali pertama..ye....
OOOOOO lama sungguh tak menulis kat blog ni.Semenjak buka sekolah ni asyik baca blog orang je.Yang blog sendiri ditinggalkan begitu je.MAAF sesangat.Bukannya apa....bermula tahun baru ni...banyak keje yang perlu dibereskan so tumpukan pada keje dulu.Hari baru berkesempatan buka blog dan tulis blog.Bermula tahun baharu..so dapatlah anak murid baharu.Sekarang ni sedang menyelami hati budi masing-masing.Nak tengok jugak rentak diorang.Untuk bersama2 dgn mereka.....aku terpaksa beraksi dengan sebaik mungkin.kejayaan mereka kejayaan aku juga.Kat sekolah dah ade GB baharu.Rata2 ...guru..pekerja dan murid-murid suka akan penampilan GB ni.Beliau nampak friendly sangat.Selalu menaikkan semangat murid-muridku. kalau keadaan ini berkekalan ...nampaknye....SKBS akan lebih cemerlang.Kepada bekas murid-muridku yang dah ke alam menengah.........belajar..belajar...dan terus belajar.Akhir kata untuk kali ini......selamat dalam segala hal yang anda ceburi. TQ semua.
MySpace Widgets
Subscribe to:
Posts (Atom)