SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

03 January 2011

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

Perhatikan penerangan di bawah ini.


benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1 Almari itu berpintu dua.
2 Kipas itu berpusing ligat.
3 Ayah membeli dua buah komputer baru.


haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1 Burung itu terbang tinggi di udara.
2 Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
3 Leher zirafah itu panjang sekali.


manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1 Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2 Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3 Ibunya jarang menjenguknya di asrama.

tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1 Mereka sering berkelah di pantai itu.
2 Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3 Kita digalakkan menyimpan wang di bank.


KATA NAMA AM juga ada dalam bentuk abstrak iaitu nama yang hanya dibayangkan dalam fikiran atau khyalan kita contohnya...mimpi, diktator, kehendak sengsara, idaman, perhimpunan,dosa,pahala dan banyak lagi.

Hari 1.. sekolah

Salam semua.bermula hari ini maka bermulalah rutinku setiap hari....apa tu.Memberi pengajaran tentang hukum2 bahasa yang ada dalam hatiku.Hari agak letih jugak. Bermula pukul 7.40 pagi hinggalah pukul 10.00 pagi aku masuk ke kelas untuk mengajar.Dalam 2 jam lebih tu tak duduk pun atas kerusi yang ada kat dalam kelas tu.Letihlah lah gak.Tapi kerana aku dibayar gaji untuk mengajar....maka soal letih diketepikan.yang penting kita dapat duit halal daripada pekerjaan yang kita lakukan.Bermula hari ini gak....blog ini akan memaparkan tentang aspek tatabahasa untuk anak2 pelajar sekolah keebangsaan.So diharapkan anak2 pelajarku ambil perhatian dan baca dengan lebih terperinci.Salam