SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

02 March 2011

Apa sebab Doa kita tak termakhbul.....



"Seseorang bertanya kepada Ibrahim Bin Adham,"Wahai Ibrahim Bin Adham, kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankanNya. Khabarkan kepada kami apakah sebab-sebabnya."Ibrahim Bin Adham Menjawab, "Doa terhijab disebabkan sepuluh perkara...
"1. Kamu mengenali Allah SWT, tetapi kamu tidak menunanikan hakNya (perintahNya)
2. Kamu membaca Al-Quran, tapi kamu tidak beramal dengannya.
3. Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu, tapi menurut hasutannya.
4. Kamu mendakwa mencintai Rasulullah SAW tapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.
5. Kamu mendakwa mencintai syurga, tapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6. Kamu mendakwa membenci neraka, tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.
7. Kamu mendakwa mati itu benar, tapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
8. Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain, tapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
9. Kamu makan rezeki Allah, tapi kamu lupa mensyukurinya.
10. Kamu menghantar jenazah ke kubur, tapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.


MySpace Widgets

01 March 2011

Takkala menunggu....opppssss.

Tentu anda semua akan tertanya2 kenape gambar yang ade kat sebelah ni ada dlm paparan kali ini. ceritanya begini. Petang tadi....semasa menunggu anak ambe yang ke-3 kat sekolah SKBS...sempatlah tengok budak2 dok berlatih bola jaring.Sedang asyik memandang permainan tersebut ..tiba2 seorang pelajar ( gambar tu la ) jatuh dan menangis. Ramailah yang ke sana untuk melihat. Ambe cam biasalah..tengok dulu..jika perlu membantu..maka ambe pergilah. nampaknyer kena juga beri bantu..sebab beberapa tangan dah melambai ke arah ambe. Apa lagi teruslAH ke sana. Apa yang diperhatikan ..budak tu tak patah tangannyer cuma sakit je sbb jatuh dan terkena tanah. Cara pelajar ni menjerit tu..nampak cam berat.Apa lagi ambe suruh seorang pelajar pergi beli ais. Setelah ais sampai ambe pun letakkan pada lengannya. Mula2 tu sakit dan sejuk.Lama2 keadaan beransur pulih. Dis pun tak menangis cam tadi.Sebelum balik ambe tanya dia kot2 sakit lagi.Katanya.......ok cikit.Alhamdulillah.Selepas itu ambe pun bersama anakanda balik ke rumah dan sampai pada pukul 7.03 petang. harap2 keadaan pelajar kat sebelah ni akan kembali normal dan dapat bermain untuk mewakili sekolah nanti.

MySpace Widgets

27 February 2011

Doa berlindung daripada Malapetaka

sama2 kita amalkannya.

Nak jadi Pelajar Cemerlang


Antara ciri-ciri pelajar cemerlang
Mereka pandai membahagikan masa untuk pelbagai aktiviti atau pelajaran dan mereka tidak akan bersikap bodoh sombong dan akan bertanya soalan jika mereka tidak tahu.
Pelajar cemerlang juga akan mengulang kaji pelajaran dengan betul dan selalu membuat kerja rumah untuk memahami pelajaran tersebut.
Kita tidak boleh malas jika hendak menjadi cemerlang. Kita juga harus selalu mendengar nasihat guru-guru dalam kelas. Kita juga harus pandai membahagikan masa untuk pelbagai aktiviti dan mengulang kaji pelajaran.
Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita mesti tekun belajar dan harus rajin membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. Selepas sekolah, kita boleh berjumpa dengan guru dan bertanya kepada guru tersebut perkara-perkara yang kita kurang pasti dalam pelajaran kita. Di dalam bilik darjah, kita harus membiasakan diri untuk menulis nota – nota jikalau ada apa – apa benda yang penting dalam sesuatu subjek itu.
Kita juga harus merendah diri supaya orang tidak akan segan untuk meminta bantuan kerja sekolah daripada guru atau rakan-rakan. Jikalau dia menolong orang yang memerlukan pertolongan, dia dapat belajar daripada kesilapan orang lain dan dia akan menjadi lebih pandai atau cemerlang. Kita juga tidak harus bangga diri dan harus belajar secara konsisten supaya prestasinya tidak merosot .
Kita juga harus bertanya guru bagaimana hendak mendapat keputusan yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran yang kita bermasalah dan harus konsisten untuk mengikut cara gurunya.

Koleksi cerita lawak



Semua orang stres.Maklumlah semua orang ade keje yang perlu dibuat dan mungkin ade tempoh masa yang agak terhad untuk menyiapkannya.Jadi dalam paparan kali ini saya bawakan cerite2 lawak untuk kembalikan semangat dan hilangkan stres.Bacalah ye..
Cerita 1
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Cerita 2
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa ******* sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Cerita 3
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?” “Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki
itu dengan riang.

26 February 2011

Paku Di Dinding



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.


MySpace Widgets

Lawak ke....cu cite..cu..cite



Cerita lawak cikit....
Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.



MySpace Widgets