
25 February 2011
Riak wajah

24 February 2011
Rasulullah dengan buah limau.......bacalah ye..

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan,
"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu.
Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW. Itulah keperibadian rasulullah yang perlu kita semua ikuti dan praktikkan.
Hidup perlukan perubahan

Bersua lagi ..wahai pembaca blogku.Tentu perasan kan...lagu untuk blog ini dah ditukar.Kalau tengok gambar yang dipaparkan juga memperlihatkan suatu kelainan . Mengimbau sedikit kenangan lalu sewaktu kali pertama menjejaki kaki ke SKBS. Pada masa tu..berat badan hanya 55 kg je.Kalaulah angin bertiup kencang..pasti akan jatuh.Kini berat badan dah bertambah cikit je....cuma sekarang ni hanya 72kg je....Gambar kat atas tu membuktikan perubahan yang ketara. Bertukar ke sekolah bandar ..siapa yang tak kecut perut.Selama ni..hanya sekolah kat Felda dan kampung je.Macam2 lah yang bermain kat dalam fikiran.Berbekalkan pengalaman hampir 16 tahun..aku gagahi jua.Kini dah hampir 3 tahun ade kat sini...semuanya nampak begitu memuaskan.Oklah tu.Rakan2 yang ade kat sini semuanya friendly dan sudi menolong sekiranya ade masalah timbul.Anak2 didik seperti anak2 sendiri.So pengajaran pun bersemangat seperti mengajar anak2 sendiri.Selagi masih diterima di bumi SKBS...selagi itulah akan mencurah bakti mendidik anak2 kat sini.Jika sebaliknya...carilah tempat lain....
12 February 2011
Pertama kali atau kali pertama..ye....

MySpace Widgets
13 January 2011
03 January 2011
KATA NAMA AM
Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1 Almari itu berpintu dua.
2 Kipas itu berpusing ligat.
3 Ayah membeli dua buah komputer baru.
haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1 Burung itu terbang tinggi di udara.
2 Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
3 Leher zirafah itu panjang sekali.
manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1 Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2 Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3 Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1 Mereka sering berkelah di pantai itu.
2 Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3 Kita digalakkan menyimpan wang di bank.
KATA NAMA AM juga ada dalam bentuk abstrak iaitu nama yang hanya dibayangkan dalam fikiran atau khyalan kita contohnya...mimpi, diktator, kehendak sengsara, idaman, perhimpunan,dosa,pahala dan banyak lagi.
