SELAMAT DATANG KE BLOG MANGANU3,SEMOGA MENDAPAT INFO YANG BERMANFAAT

18 December 2012

ISI RUANG......

FIKIR-FIKIRKANLAH YE...

HARGAILAH INSAN BERGELAR ...GURU..


Apa yang perlu ada dalam diri dalam mengejar cita-cita.


Tahu Tujuan
Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari.

Tetapkan Impian atau Matlamat.
Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda.

Mempunyai Keinginan Yang Kuat
Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Tetapkan Haluan Sendiri
Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza. 

Berani Meneruskan Perjalanan
Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.


Lupakan Masa Silam
Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda.

Sumber : http://azizie.com/umum/artikel-motivasi-tips-motivasi-diri

Semuanya darIpada ALLAH...


      Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

     Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Sumber : http://permatakata.wordpress.com/tag/pedoman-keinsafan/

06 December 2012

Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru



Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru  di sekolah ini.

Hadirin  sekalian,
     Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari  yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
 Rakan-rakan  sekalian,
     Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.
     Guru juga adalah  ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat  guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
   Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia  mendengar  segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah
     Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.

KATA GANDA

                                                  
Terima kasih kepada( http://bm-upsr.blogspot.com/2012/09/slide-nilai-murni.html)

NILAI MURNI

                        
                                      
Terima kasih kepada Ahmad Syukri (http://bm-upsr.blogspot.com/2012/09/slide-nilai-murni.html)

29 January 2012

Selamat Tahun Baharu....Islam dan Masihi

Agak dah lama tak menulis dalam blog.Nak kata sibuk tak lah sangat.Tapi adalah keje yang nak dibuat.Apa khabar pembaca2 di luar sana.Harapnya sihat serta selesa mengerjakan tugasan yang telah di amanahkan.Laksanakan dengan penuh dedikasi dan berhemah.Anak2 didik yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini...ayuh..mulakan langkah awal agar kita tidak terkejar2 apabila sampai waktunya.Saya mendoakan kejayaan anda semua.Kepada rakan2 yang bekerja...harap2 target yang kita tetapkan akan tercapai.Amin

27 November 2011

Petua untuk hilangkan pening kepada



Tentu dalam sebulan tu...ade je ..pening kepada.Kenapa je...Tentu banyak benda yang dah dilakukan.Tak payah fikirlah.....tapi jangan buat dek je...nanti parah.Untuk itu kat sini adalah sikit petua...tu pun dapat kat internet....Cubalah manalah tahu kot2 jadi..

"Cari sebiji bawang putih.Potong bawang tu...nipis-nipis. dan tempekkan pada bahagian tepi dahi kita (dua2 belah).Bawang putih akan menyedut bisa pada kepala.Biarkan beberapa jam.Seelok2nya biar je kat situ sehingga pening tu hilang.Kadang2 akan ada sedikit tanda merah kehitaman kat bahagian dahi tadi.Lepas sehari dua.....kesan tu akan hilang"

selamat mencuba...

26 September 2011

Kursus ICT kat KB


Pada malam ini sesi penerangan oleh Puan Rema Devi Menon

04 August 2011

MOTIVASI DIRI



Agak lama lah jugak tidak mencoret sesuatu kat blog ni....Nak kata sibuk tak jugak.Nak kata tak sibuk pun tak jugak.Lebih kurang sebulan lebih lagi,....anak2 didik SKBS akan berjuang di medan perang iaitu....menghadapi peperiksaan UPSR.Entah apa yang akan dicorakkan oleh anak2 didik pada tahun ini...Tuhan sahaje yang tahu....Harapan warga sekolah agar mereka semua akan dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan bersungguh-sungguh.Keputusan yang akan keluar dalam bulan November nanti menjanjikan sesuatu yang akan menggembirakan semua. Terasa risaunya..apabila melihat anak2 didik selambe je.....Semacam mereka dalam dunia mereka sendiri. Peperiksaan makin hampir...Tapi.....belajar tak bersungguh-sungguh.Asyik main je...Nak buat lagu mane lagi ni......Yang nak peksa ...kamu wahai anak2 didikku...Cikgu2 hanya boleh bekalkan ilmu dan semangat je...So.....ayuh ....anak2 didikku.....gandakan usaha....kuatkan semangat.....betulkan perjuangan......tekadkan azam.....untuk mencapai kejayaan yang betul2 cemerlang...USAHA TANGGGA KEJAYAAN....KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG MELAYANG KEPADA KITA.....USAHA..AZAM DAN TEKAD KUNCI KEJAYAAN....

20 July 2011

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADAN

Beberapa hari lagi kita akan melaksanakan Puasa Ramadhan. Apa yang harus kita persiapkan dalam menyambut bulan yang penuh keagungan ini? Ada beberapa hal yang dapat kita lakukan untuk menyambut bulan Allah ini.

Mulailah menjaga diri dari apapun yang Allah haramkan. Usahakanlah untuk mulai puasa dari apa pun yang tidak disukai Allah. Allah Maha Melihat perjuangan kita. Kita harus bersungguh-sungguh agar Allah Yang Maha Menyaksikan benar-benar melihat diri kita menjadi orang yang bersiap-siap menyambut bulan Allah ini.

Mulai saat ini, hindari telinga, mata, mulut kita dari sesuatu yang tidak layak kita dengar, kita lihat dan kata-kata yang tidak berguna.

Mari kita siapkan rumah kita menjadi rumah yang penuh berkat dalam bulan Ramadhan. Kita harus mulai melihat jika ada yang haram di rumah kita. Bukalah lemari, kalau ada yang diragukan segera keluarkan. Lihatlah dapur kita, kalau ada barang yang kita ragukan segera keluarkan. Bebaskan rumah kita dari hal yang sia-sia. Apa lagi yang kita cari selain keredhaan Allah. Adakah kira berasa senang apabila rumah kita dipuji manusia tapi dibenci Allah?

Menjelang Ramadhan, dekatkanlah segala sesuatu yang akan membuat kita akrab dengan Allah. Selalu baca Al-Qur'an di mana-mana sahaja.

Sediakan juga anggaran khusus untuk sedekah dan anggaran untuk berbuka bagi orang lain. Satu butir kurma yang kita berikan untuk berbuka, pahalanya sangat besar.

Mulai sekarang, sambil membersihkan rumah, bersihkan pula fikiran dan hati kita dari fikiran negatif. Hindarkanlah daripada membenci seseorang.. Mulai saat ini, jadilah orang yang pemaaf. Bebaskanlah diri daripada untuk membalas dendam.

Alangkah bagusnya kita meminta maaf kepada ibu bapa menjelang bulan Ramadhan. Ziarah ke makam orang tua kita bagi yang sudah meninggal. Minta ampunlah kalau kita belum sungguh-sungguh membahagiakan ibu bapa kita. Suami isteri juga ada baiknya saling meminta maaf. Tidak ada salahnya minta maaf kepada orang yang lebih muda dari kita, termasuk kepada adik dan anak-anak kita. segeralah minta maaf. Minta maaflah dengan ikhlas,sehingga kita akan lebih ringan memasuki Ramadhan.

18 July 2011

Kelebihan Syaaban

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.
Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.
Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.
Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.
Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.
Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

*lmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh*

05 July 2011

PESANAN UNTUK KEHIDUPAN



1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

MENCARI KHABAR IMAN

MENCARI KHABAR IMAN

Di hening subuh
Aku terjaga
Hatiku berbicara lagi
Apa khabar imanku hari ini?
Hati yang lara memberitahu
IMANku kini di ambang kelemahan
Kerna nafsu menguasai diri
IMAN menangis sendiri di sudut hati…
Mengenangkan nasib diri yang telah hanyut
Di buai kesesatan

Di hening subuh
Aku tersentak dari lamunan mimpi
Hatiku menangis sendiri
Mengenang titik dosa yang menghitam
Astgfirullahal azim
Spontan lidahku menyebut nama Ilahi
Memohon keampunan dari seksaan neraka berapi
Lantas sejadah ku bentangkan menghadap kiblat
Solat sunat dua rakaat ku kerjakan
Doa nasuha ku himpunkan
Moga taubat di terima ilahi…

Hatiku berbicara lagi
Apa khabar IMANku hari ini?
IMAN menjawab
Gandakanlah amalan
Berdoa dan bertawakkallah
Nescaya NUR hidayah makin terasa
Semoga jauh dari kejahilan
Ingatlah…
Dirimu bak sebuah perahu
Muatannya bak imanmu
Layarnya bak usahamu
Yang tidak berpenghujung….

IMAN adalah mutiara….

http://seindahmawar.wordpress.com/2009/06/28/mencari-khabar-iman/